More

    Apple lancarkan iOS 15.4 & iPadOS 15.4 dengan fungsi Face ID Mask Unlock, emoji baru dan banyak lagi

    Pada hari ini, Apple telah melancarkan kemas kini iOS 15.4 untuk iPhone dan iPadOS 15.4 untuk tablet iPad. Ini adalah kemas kini terbaru untuk sistem operas iOS 15 dan iPadOS 15 sejak ia diperkenalkan pada September 2021 lalu.

    Antara fungsi baharu yang menarik dalam iOS 15.4 adalah kebolehan untuk menggunakan Face ID sewaktu memakai pelitup muka, di mana kamera swafoto iPhone akan mengimbas mata pengguna untuk pengesahan identiti. Face ID baharu ini boleh digunakan untuk Apple Pay dan pengisian kata laluan automatik (password autofill).

    iPadOS 15.4 pula memperkenalkan Universal Control yang membenarkan beberapa komputer Mac dan iPad untuk dikawal menggunakan papan kekunci dan tetikus yang sama.

    Kedua-dua kemas kini membawa 37 emoji yang menampilkan emosi muka, isyarat tangan (hand gestures) dan objek harian (household objects) baharu. Emoji bersalam tangan (handshake) pula kini boleh digunakan dengan beberapa tona kulit.

    Selain itu, sistem pembantu suara Siri kini boleh menyuarakan maklumat tentang tarikh dan waktu sewaktu luar talian (offline) dalam iPhone XS, iPhone XR, iPhone 11 dan ke atas.

    Fungsi lain termasuklah sokongan untuk sijil COVID-19 digital di Eropah, terjemahan bahasa untuk Safari, fungsi baharu dalam iCloud dan banyak lagi. Untuk senarai penuh fungsi baharu yang ditawarkan dalam kemas kini iOS 15.4 dan iPadOS 15.4, layari laman web Apple.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mac Rumours

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured