More

    Apple lancarkan iOS 15.7.9, iPadOS 15.7.9, macOS 12.6.9 dan macOS 11.7.10 untuk peranti lama

    Apple telah melancarkan iOS 15.7.9, iPadOS 15.7.9, macOS 12.6.9 dan macOS 11.7.10 walaupun iOS 17 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kemas kini ini adalah untuk iPhone, iPad, dan Mac yang lebih lama yang tidak menyokong iOS 16, iPadOS 16 dan macOS 13.

    Kemas kini tersebut membawa peningkatan keselamatan dan peningkatan kestabilan termasuk penyelesaian untuk kelemahan keselamatan dalam PassKit. Pengguna disarankan untuk mengemaskini peranti mereka untuk kelestarian.

    Untuk memperoleh iOS 15.7.9 dan iPadOS 15.7.9, pergi ke Tetapan (Settings) > Umum (General) > Kemaskini Perisian (Software Update). macOS 12.6.9 dan macOS 11.7.10 boleh dimuat turun melalui bahagian Kemaskini Perisian dalam Keutamaan Sistem (System Preferences) pada Mac yang menyokongnya.

    Dalam pada itu, iOS 17 akan mula dikeluarkan secara rasmi pada 22 September selepas pengumuman iPhone 15 dan Apple Watch Series 9. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: WCCFTech

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...