More

    Apple lancarkan iPhone Pocket, beg kecil khas untuk bawa iPhone anda bermula ~RM630

    Apple telah bekerjasama dengan jenama fesyen dari Jepun, Issey Miyake, untuk menghasilkan iPhone Pocket iaitu sebuah beg kecil yang dibuat daripada kain untuk membawa iPhone anda atau sebarang objek kecil seperti fon telinga Apple AirPods.

    Beg ini dibuat daripada kain jahitan 3D yang fleksibel supaya ia boleh melitupi iPhone anda dengan erat. Ia juga boleh dibuka sedikit supaya anda boleh melihat skrin iPhone dengan cepat.

    Beg ini boleh dipakai secara bersilang di bahu, diikat pada beg yang lebih besar atau boleh digantung sahaja pada lengan. Ia ditawarkan dalam dua varian, tali yang pendek ditawarkan dalam lapan warna manakala tali yang panjang ditawarkan dalam tiga warna.

    iPhone Pocket akan dijual pada harga bermula USD149.95 (~RM630) untuk varian tali pendek dan USD229.95 (~RM960) untuk varian tali panjang. Ia akan dijual di beberapa negara terpilih sahaja dan malangnya ia tidak akan dijual di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPhone Pocket dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured