More

    Apple lancarkan kemas kini iOS 12.5 untuk iPhone lama, perkenalkan fungsi pengesanan kontak COVID-19

    Apple hari ini telah melancarkan kemas kini iOS 12.5 buat pengguna iPhone yang tidak menyokong iOS 14. Apple menghasilkan kemas kini untuk sistem operasi yang lama ini bagi memperkenalkan fungsi pengesanan kontak (contact tracing) dalam iPhone-iPhone lama.

    Fungsi ini akan memberitahu pengguna jika mereka telah terdedah kepada mana-mana kawasan atau orang lain yang mempunyai COVID-19. Di samping itu, iOS 12.5 juga menyediakan penambahbaikan keselamatan terhadap pelasanaan kod yang tidak diizinkan (unauthorised code execution).

    Pengesanan kontak COVID-19 berfungsi dengan berkongsi maklumat tahap pendedahan di antara pengguna telefon pintar melalui hubungan Bluetooth. Untuk tujuan privasi, fungsi ini boleh dihidupkan atau dimatikan oleh pengguna. Peranti Apple yang layak menerima kemas kini ini adalah iPhone 5S, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air, iPad mini 2, iPad mini 3 dan iPad touch generasi ke-6.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Support, Apple Developer

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured