More

    Apple lancarkan Pembaikan Layan Diri, mudahkan pengguna baiki produk Apple secara sendiri

    Apple telah mengumumkan Pembaikan Layan Diri (Self Service Repair) dengan menyediakan manual pembaikan dan alat ganti Apple di Self Service Repair Store. Self Service Repair tersedia di Amerika Syarikat (AS) dan akan berkembang ke negara lain pada akhir tahun ini.

    Ia menawarkan lebih daripada 200 bahagian dan alatan individu membolehkan pelanggan yang berpengalaman membaiki peranti elektronik pada barisan iPhone 12, iPhone 13 dan iPhone SE (generasi ke-3). Program ini juga akan menyertakan manual, alat ganti dan alatan untuk melakukan pembaikan pada komputer Mac dengan silikon Apple pada akhir tahun ini.

    Pelanggan boleh menyemak manual pembaikan untuk produk yang ingin dibaiki dengan melawati laman web Apple terlebih dahulu. Kemudian, mereka boleh melawati Apple Self Service Repair Store dan memesan alat ganti dan alatan yang diperlukan. Alat yang ditawarkan melalui Self Service Repair termasuk pemacu tork, dulang pembaikan, penekan skrin dan bateri serta banyak lagi.

    Setiap komponen Apple direka khas untuk semua produknya dan telah melalui pelbagai ujian untuk memastikan kualiti, keselamatan dan kebolehpercayaan barangan. Alat ganti dan harga adalah sama seperti yang disediakan pada pembekal pembaikan sah Apple. Untuk pembaikan tertentu, pelanggan akan menerima kredit apabila memulangkan bahagian yang diganti untuk dikitar semula.

    Apple akan menawarkan kit penyewaan alat dengan harga USD49 seminggu untuk pelanggan yang tidak mahu membeli alatan untuk satu pembaikan dan alat tersebut akan dihantar secara percuma. Bagi pelanggan yang tidak mempunyai pengalaman membaiki peranti elektronik, mereka disarankan untuk berjumpa dengan juruteknik profesional yang menggunakan alat ganti Apple tulen.

    Sepanjang tiga tahun yang lalu, Apple telah berjaya membuka bilangan lokasi perkhidmatan dengan akses kepada alat ganti, alatan dan latihan Apple tulen termasuk lebih daripada 3,000 Pembekal Pembaikan Bebas (Independent Repair Providers). Rangkaian global Independent Repair Providers pula lebih daripada 5,000 menyokong 100,000 juruteknik aktif. 

    Setakat ini, tiada maklumat tentang kemudahan Pembaikan Layan Diri Apple ini di Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  Apple Newsroom

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured