More

    Apple lancarkan versi beta iOS 17 dan iPadOS 17: Antara muka dan penambahan ciri baharu

    Pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023, Apple telah mengeluarkan beta pertama iOS 17 dan iPadOS 17 kepada pembangun untuk tujuan ujian. Beta hanya disediakan untuk mereka yang mempunyai akaun pembangun dan Apple mengehadkan muat turun dengan penghapusan sistem profil sebelumnya.

    Pembangun berdaftar boleh ke Tetapan (Settings), pergi ke bahagian Kemas Kini Perisian (Software Update), klik pada pilihan “Kemas Kini Beta”(Beta Updates) dan menogol pada iOS 16 Developer Beta. ID Apple yang dikaitkan dengan akaun pembangun diperlukan untuk memuat turun beta.

    ‌Kemas kini iOS 17‌ memperkenalkan rupa tersuai untuk setiap orang yang membuat panggilan. Dalam pada itu, peti suara langsung membolehkan anda melihat transkrip mesej yang ditinggalkan seseorang supaya anda boleh memilih untuk mengangkat telefon ataupun tidak.

    Mesej suara yang dihantar oleh orang lain dalam iMessage kini ditranskripsikan ke dalam teks. Anda juga boleh merakam video atau mesej audio apabila seseorang terlepas panggilan FaceTime anda dan ‌FaceTime‌ berfungsi pada Apple TV melalui fungsi Kesinambungan (Continuity).

    Aplikasi Mesej menampilkan muka baru dan ciri baharu di mana anda boleh ‘Daftar Masuk’ untuk membolehkan rakan dan keluarga memerhatikan anda semasa dalam perjalanan atau kongsi lokasi anda. Daftar Masuk secara automatik memberitahu rakan atau ahli keluarga apabila anda tiba di destinasi.

    Dalam sembang kumpulan pula, terdapat ‘anak panah mengejar’ untuk melihat mesej pertama yang belum lihat dalam perbualan serta mencari perkara yang diinginkan melalui penapis carian. Kini, semua emoji menjadi pelekat (stickers) termasuk dalam kumpulan pelekat yang dibaik pulih dan Memoji. Anda juga boleh menukar subjek daripada mana-mana imej menjadi pelekat.

    Kemudian, ciri StandBy bertukar menjadi hub rumah kecil yang memaparkan maklumat seperti kalendar, masa, kawalan rumah dan banyak lagi. Namun, ia hanya berfungsi sekiranya telefon anda diletakkan secara mendatar.

    Widget pada Skrin Utama sangat interaktif membolehkan perkara seperti mematikan ikon pada senarai tugasan atau mematikan lampu tanpa perlu membuka aplikasi. AirDrop telah dipertingkatkan dan terdapat fungsi NameDrop untuk berkongsi kenalan dengan cepat atau memegang dua iPhone bersama-sama untuk memulakan sesi SharePlay. SharePlay juga berfungsi dengan CarPlay supaya penumpang boleh memainkan muzik mereka di dalam kereta.

    "
    "

    Ciri baharu lain termasuk aplikasi jurnal yang akan hadir lewat tahun ini, AirPlay di bilik hotel terpilih, penambahbaikan pada AirPods Pro 2 dengan ciri Audio Adaptif baharu, Peta luar talian, Siri tanpa pengaktifan “Hei” dan penambahbaikan untuk mencari dan lampu sorot.

    Iabelum dilacnarkan secara rasmi kepada pengguna namun, ini mungkin yang akan anda dapat setelah ia dikeluarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...