More

    Apple Mac mini dengan cip M2, M2 Pro dilancar di Malaysia, bermula RM2,499

    Selain MacBook Pro, Apple Malaysia juga kini telah mula menjual Mac mini yang baharu secara rasmi. Mac mini ini dilengkapi cip M2 dan M2 Pro dan akan dijual pada harga bermula RM2,499.

    Varian Mac mini yang paling asas dilengkapi cip M2, memory bersepadu (unified memory) 8GB dan storan SSD 256GB. Untuk varian memori yang lebih tinggi, anda boleh dapatkan 8GB+512GB (RM3,299) atau 16GB+512GB (RM5,599). Varian memori 16GB itu turut dilengkapi cip M2 Pro.

    Setiap pembelian akan memerlukan penghantaran selama lima ke tujuh hari. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, Mac mini adalah komputer terbaik untuk pencipta kandungan (content creators) yang bergantung kepada kerja-kerja penyuntingan video kerana ia boleh menyunting fail video besar yang dirakam dalam mod 8K ProRes 30fps dengan mudah.

    Apple juga mengatakan Mac mini ini boleh memainkan game AAA seperti No Man’s Sky dan Resident Evil Village.

    Daripada segi I/O, model M2 ini menawarkan dua port Thunderbolt dan menyokong dua paparan serentak, manakala model M2 Pro menawarkan empat port Thunderbolt dan menyokong sehingga tiga paparan serentak. Model M2 Pro turut boleh dihubungkan kepada sebuah skrin 8K.

    Kedua-duanya menawarkan dua port USB-A, satu port HDMI, satu port Gigabit Ethernet dan satu bicu audio. Mac mini menyokong hubungan wayarles WiFi 6E dan Bluetooth 5.3.

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured