More

    Apple Mac mini dilancar di Malaysia: Boleh dilengkapi cip M4 Pro, Thunderbolt 5 bermula RM2,499

    Selepas pelancaran iMac M4 baharu, Apple melancarkan komputer kecil Mac mini yang dilengkapi cip M4 dan M4 Pro. Dengan harga bermula RM2,499 sahaja dan memori 16GB, Mac mini ini akan dijual dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.

    Jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, Mac mini ini mempunyai saiz yang lebih kecil dengan ukuran 5×5 inci. Ia didatangkan dengan pilihan cipset M4 atau M4 Pro yang dilengkapi CPU 10 teras, GPU 10 teras dan memori bergabung (unified memory) bermula 16GB.

    Jika dibandingkan dengan Mac mini yang dilengkapi M1, Mac mini M4 menawarkan prestasi yang lebih tinggi dalam pelbagai kegunaan, seperti pengiraan hamparan elektronik (spreadsheet calculations) Microsoft Excel sebanyak 1.7 kali ganda lebih pantas, transkripsi AI speed-to-text dalam MacWhisper sebanyak 2 kali ganda lebih pantas dan penghasilan gambar panorama dalam Adobe Lightroom Classic sebanyak 4.9 kali ganda lebih pantas.

    Untuk mereka yang inginkan prestasi tahap profesional, Mac mini M4 Pro menawarkan teras CPU terpantas dalam dunia dengan prestasi single-thread yang tinggi. Dengan sehingga 14 teras, termasuklah 10 teras prestasi dan empat teras kecekapan, M4 Pro juga menawarkan prestasi multi-thread.

    Dengan sehingga 20 teras, GPU dalam M4 Pro adalah sehingga dua kali ganda lebih berkuasa berbanding GPU dalam M4, dan kedua-dua cip membawa hardware-accelerated ray tracing buat kali pertama ke dalam Mac mini. Prestasi Neural Engine dalam M4 Pro juga lebih pantas sebanyak tiga kali ganda berbanding Mac mini dengan M1.

    Mac mini M4 Pro juga menyokong memori bergabung sehingga 64GB dan memory bandwith sehingga 273GB/s untuk tugasan AI yang dipercepat. Di samping itu, Thunderbolt 5 juga ditawarkan dalam model ini yang menawarkan kadar pemindahan data sehingga 120 Gb/s yang lebih pantas sehingga dua kali ganda berbanding Thunderbolt 4.

    Untuk port, Mac mini M4 mempunyai tiga port Thunderbolt 4, manakala Mac mini M4 Pro mempunyai tiga port Thunderbolt 5.

    Seperti beberapa produk Apple lain yang terpilih, Mac mini baharu ini akan dilengkapi fungsi Apple Intelligence melalui sistem operasi macOS Sequoia 15.1. Berikut adalah senarai harga untuk setiap model:

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Mac mini M4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured