More

    Apple MacBook Air baru diumumkan di Malaysia: Magic Keyboard, SSD sehingga 2TB berharga *RM3,959

    Terkini, Apple Malaysia telah mengeluarkan MacBook Air baru yang dinaik taraf, seiring dengan keluarga iPad Pro baharu! MacBook Air baru hadir dengan storan dan CPU berganda, tetapi dengan harga yang lebih rendah iaitu RM4,399 dan RM3,959 untuk pembeli kategori pendidikan.

    MacBook Air baru ini hadir di pasaran teknologi bersama storan permulaan 256GB dengan SSD yang boleh ditambah sehingga 2TB. Bukan itu sahaja, komputer riba bergaya ini menampilkan processor ‘Intel Core 10th-generation’ terkini (menyokong sehingga 1.2GHz quad-core Core i7) bersama kelajuan Turbo Boost, ditambah pula operasi grafik ‘Intel Iris Plus Graphics’ untuk prestasi komputer riba yang lebih lancar.

    Apa yang lebih menarik, MacBook Air baru ini hadir dengan papan kekunci Magic Keyboard, direka semula dengan mekanisme scissor dan reka bentuk susunan “T” untuk kekunci yang lebih stabil dan selesa. Paparan Retina berukuran 13 inci turut menyokong paparan eksternal sehingga 6K (ini adalah yang kali pertama untuk MacBook Air) dan dihuni Touch ID untuk akses privasi yang lebih mudah.

    Untuk lebih spesifikasi lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Apple Malaysia. Jika anda keliru dengan sebutan harga oleh kami di awal berita ini, harga RM3,959 untuk pendidikan adalah ditujukan khas kepada pelajar di mana-mana kolej, ibu bapa pelajar, fakulti, staf atau guru semua tahap. Info lebih lanjut mengenai harga kategori pendidikan, anda boleh klik pada pautan ini.

    Sebagai maklumat tambahan, MacMini juga dinaik taraf pada hari ini dengan konfigurasi baru berharga RM3,449 untuk varian 256GB dan RM4,649 untuk varian 512GB.

    Adakah anda berminat untuk memiliki MacBook Air baharu dengan harga yang menarik ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured