More

    Apple MacBook Pro dengan cip M2 Pro dan M2 Max dilancar di Malaysia, bermula RM8,799

    Apple telah melancarkan model baharu dalam siri komputer riba MacBook Pro, di mana ia bakal dilengkapi cipset buatan Apple terbaru iaitu M2 Pro dan M2 Max yang dibina dengan nod proses 5nm untuk prestasi pantas.

    Dengan cipset ini, ia menawarkan prestasi yang lebih pantas sehingga enam kali ganda berbanding MacBook Pro yang dilengkapi cipset Intel sebelum ini. MacBook Pro bakal menawarkan hayat bateri sehingga 22 jam, iaitu hayat bateri terpanjang dalam sebuah komputer MacBook.

    MacBook Pro bakal dilengkapi Wi-Fi 6E untuk kelajuan internet yang lebih pantas sehingga dua kali ganda berbanding generasi seterusnya, serta port HDMI yang boleh disambungkan dengan paparan luaran 8K.

    Ia boleh didapati dalam dua saiz skrin iaitu 14 inci dan 16 inci. Skrin dengan panel Liquid Retina XDR ini boleh memaparkan warna yang cantik dengan dynamic range tinggi dan dengan teknologi ProMotion, ia menawarkan kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz.

    Skrin komputer ini boleh mencapai kecerahan puncak sebanyak 1,600 nits, nisbah kontras sehinga 1 juta:1 untuk hitam yang lebih gelap dan putih yang lebih terang, serta menjana 1 bilion warna.

    Untuk audio, ia mempunyai enam pembesar suara dan tiga mikrofon. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk MacBook Pro baharu ini:

    • Skrin Liquid Retina XDR
      • 14.2 inci, resolusi 3024×1964
      • 16.2 inci, resolusi 3456×2234
      • Nisbah kontras 1,000,000:1, kecerahan puncak 1,600 nits, 1 bilion warna dengan gamut warna P3, kadar segar semula sehingga 120Hz dengan ProMotion
    • Cipset M2 Pro atau M2 Max
    • RAM 16GB, 32GB, 64GB atau 96GB
    • Storan SSD 512GB, 1TB, 2TB, 4TB atau 8TB
    • Bateri 70Wh, bertahan sehingga 22 jam
    • Pengecasan pantas 67W atau 96W
    • I/O: Slot kad SDXC, HDMI, audio 3.5mm, MagSafe 3, tiga Thunderbolt 4 (USB-C)
    • Papan kekunci dengan cahaya latar (backlit) dan Touch ID
    • Pad penjejak Force Touch, menyokong sentuhan Multi-Touch
    • Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3
    • Webcam FaceTime HD 1080p
    • Enam pembesar suara stereo, tiga mikrofon
    • Sistem operasi macOS Ventura
    • Harga:
      • Varian 14 inci: bermula RM8,799
      • Varian 16 inci: bermula RM10,799

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai MacBook Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba canggih ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...