More

    Apple MacBook Pro dilancar, dilengkapi cipset M1 Max dan M1 Pro bermula RM8,799

    Pada hari ini, Apple telah melancarkan komputer riba MacBook Pro baharu yang dilengkapi cipset M1 yang lebih canggih berbanding tahun lepas. Komputer tersebut dilancarkan dalam sebuah acara Apple Event, di mana sepasang AirPods Pro turut dilancarkan.

    Komputer tersebut ditawarkan dalam varian 14 inci atau 16 inci, serta dilengkapi cipset M1 Pro atau M1 Max yang dibuat dengan proses 5nm. Kedua-dua cipset mempunyai teras CPU sebanyak 10 teras, manakala unit pemproses grafik (GPU) pula adalah 16 teras untuk M1 Pro dan 32 teras untuk M1 Max.

    Dengan cipset yang begitu berkuasa, MacBook Pro boleh menyunting video ProRes yang dirakam daripada kamera iPhone 13 Pro atau iPhone 13 Pro Max dengan mudah. Cipset itu masih mengekalkan Neural Engine 16 teras yang boleh memproses sebanyak 11 trilion operasi sesaat. Selain itu, cipset M1 Max mempunyai 57 bilion transistor dan kelajuan memorinya (memory bandwith) boleh mencapai sehingga 400GB/s.

    Skrin MacBook Pro juga mempunyai sebuah takuk (notch) di bahagian atas, namun sempadan bezel skrin masih lagi nipis iaitu setakat 3.5mm sahaja. Takuk tersebut dilengkapi kamera FaceTime HD 1080p, manakala skrinnya mempunyai teknologi Liquid Retina XDR yang menyokong ProMotion.

    Port I/O yang dilengkapi dalam komputer ini termasuklah penghubung MagSafe, HDMI, Thunderbolt 4 dan pembaca kada SDXC. Ia turut dilengkapi enam pembesar suara dengan Spatial Audio, manakala RAM akan ditawarkan sehingga 64GB dan storan pula sehingga 8TB.

    MacBook Pro turut dilengkapi teknologi pelesapan haba yang baru dan bateri yang boleh bertahan sehingga 21 jam. Berikut adalah harga MacBook Pro untuk pasaran Malaysia:

    • MacBook Pro 14″ (16GB + 512GB) – RM8,799
    • MacBook Pro 14″ (16GB + 1TB) – RM10,799
    • MacBook Pro 16″ (16GB + 512GB) – RM10,799
    • MacBook Pro 16″ (16GB + 1TB) – RM11,599
    • MacBook Pro 16″ (32GB + 1TB) – RM14,799

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan MacBook Pro baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured