More

    Apple MacBook Pro diumum dengan cip M5 dan skrin 14″, harga bermula RM6,999

    Apple secara rasmi memperkenalkan MacBook Pro generasi baharu bersama iPad Pro yang kali ini hadir dengan cip M5. Cip Apple M5 dibina menggunakan proses 3-nanometer TSMC yang menampilkan CPU 10-teras, GPU 10-teras dan Neural Engine 16-teras yang memberikan prestasi AI sehingga 3.5 kali lebih pantas berbanding M4 dan 6 kali lebih laju daripada M1.

    Prestasi grafik turut meningkat sehingga 1.6 kali lebih pantas manakala pemprosesan ray tracing kini 30% lebih cekap dan CPU menerima peningkatan sekitar 20%. Menariknya, Neural Accelerators yang disepadukan dalam setiap teras GPU membolehkan MacBook Pro menjalankan pemprosesan AI secara masa nyata termasuk penjanaan imej, suntingan video AI dan inferens model bahasa.

    Ujian dunia sebenar menunjukkan peningkatan besar dengan Topaz Video memproses video 7.7 kali lebih pantas, Blender 3D mencatat prestasi 6.8 kali lebih baik manakala pembinaan projek Xcode siap hampir dua kali lebih cepat. Kelajuan SSD kini dua kali ganda dengan jalur lebar memori mencapai 150GB/s dan kapasiti storan menyokong sehingga 4TB.

    Ketahanan bateri juga dipertingkat dengan penggunaan sehingga 24 jam bagi satu cas penuh. Reka bentuk MacBook Pro 14 inci masih mengekalkan paparan Liquid Retina XDR mini-LED, kamera 12MP Center Stage dan pilihan port lengkap termasuk Thunderbolt 4, HDMI, slot kad SD serta MagSafe 3. Ia hadir dalam dua warna iaitu Space Black dan Silver.

    Komputer riba ini turut dilancarkan bersama macOS Tahoe untuk mengoptimumkan penggunaan cip M5. Melalui Apple Intelligence, pengguna akan menikmati ciri pintar seperti penjanaan teks kontekstual, carian Spotlight yang lebih bijak, terjemahan masa nyata dalam FaceTime dan automasi aplikasi yang semuanya diproses secara terus dari peranti.

    MacBook Pro 14 inci dengan M5 akan tersedia dalam tiga varian memori:

    • 16GB RAM + 512GB SSD – RM6,999
    • 16GB RAM + 1TB SSD – RM7,849
    • 24GB RAM + 1TB SSD – RM8,699

    Untuk pelajar dan tenaga pengajar, harga bermula dari RM6,569 melalui tawaran pendidikan Apple. Tempahan boleh dibuat tidak lama lagi pada laman rasmi Apple Malaysia, aplikasi Apple Store serta pengedar rasmi Apple di seluruh Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured