More

    Apple Malaysia anjurkan promosi khas untuk pelajar, harga diskaun untuk pelbagai peranti bermula RM2,079

    Bagi membantu para pelajar mendapatkan akses kepada alat-alat pendidikan, Apple Malaysia kini sedang menganjurkan promosi Back to School yang akan memberikan diskaun terhadap pelbagai peranti Apple.

    Apabila para pelajar membeli komputer Mac atau tablet iPad yang terlibat dalam promosi ini, mereka boleh dapatkan diskaun untuk papan kekunci Magic Keyboard dan diskaun sebanyak 20% untuk pelan perlindungan AppleCare.

    Selain itu, para pelajar boleh melanggan kepada Apple Music pada harga istimewa iaitu RM8.90 sebulan sahaja. Untuk para pelanggan yang membelinya buat kali pertama, mereka akan mendapatkan akses percuma selama tiga bulan. Lebih menarik adalah pelajar yang melanggan kepada Apple Music juga akan mendapatkan akses percuma kepada Apple TV+.

    Para pelajar yang layak untuk mendapatkan promosi ini boleh layari laman web Apple UNiDAYS untuk maklumat lanjut. Berikut adalah senarai peranti Apple yang terlibat dalam promosi ini:

    • MacBook Air dengan cip M2 (13 inci) bermula RM4,729
    • MacBook Air dengan cip M2 (15 inci) bermula RM5,729
    • MacBook Air dengan cip M1 bermula RM3,959
    • MacBook Pro dengan cip M2 bermula RM5,299
    • Mac mini dengan cip M2 bermula RM2,079
    • iPad Air (5th generation) bermula RM2,659
    • iPad Pro dengan cip M2 (11 inci) bermula RM3,659
    • iPad Pro dengan cip M2 (12.9 inci) bermula RM4,909
    • AirPods (3rd generation) bermula RM829

    Anda juga boleh layari laman web Apple untuk maklumat penuh mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...