More

    Apple mengemas kini Siri untuk bantu sediakan maklumat COVID-19

    Pengguna peranti Apple kini mendapat sebuah kemas kini (updates) yang membenarkan pembantu suara dalam peranti, Siri, untuk memberi maklumat tentang wabak COVID-19. Pengguna kini boleh mengharapkan kepada Siri untuk membuat pemeriksaan ringkas dengan menanyakan, “Hey Siri, do I have the coronavirus? (Adakah saya dijangkiti koronavirus?).”

    Apabila soalan tersebut ditanyakan, ia akan membawa pengguna melalui soalan yang telah disediakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, seperti soalan berkaitan simptom demam, batuk dan sesak nafas. Jika pengguna mengatakan simptom mereka adalah serius atau membahayakan kesihatan, Siri akan menasihatkan pengguna untuk menghubungi pihak berkuasa tempatan.

    Jika pengguna melaporkan simptom yang tidak serius, Siri akan mengesyorkannya untuk kekal di dalam rumah dan elakkan daripada berinteraksi dengan orang lain. Malah, ia akan mencadangkan aplikasi yang boleh dimuat turun di App Store untuk memulihkan kesihatan.

    Ini adalah langkah terbaru oleh syarikat teknologi besar dalam menangani COVID-19, selepas Google mendirikan sebuah laman web khas untuk membantu netizen. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah mencuba kemas kini yang baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBC

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured