More

    Apple mungkin akan lancarkan enjin carian baharu yang bersaing dengan Google

    Apple bakal menganjurkan acara Worldwide Developers Conference (WWDC22) pada 7 Jun 2022 di mana mereka dijangka bakal melancarkan kemas kini baharu untuk sistem-sistem operasi produknya seperti iOS, macOS dan banyak lagi. Kini pengkhabar berita teknologi Robert Scoble telah menyenaraikan beberapa lagi produk baharu yang mungkin dilancar pada hari tersebut.

    Salah satunya adalah sebuah enjin carian (search engine) baharu yang akan dibina oleh Apple. Buat masa ini, Apple mempunyai enjin cariannya sendiri namun ia hanya dikhaskan untuk Siri dan Spotlight yang dilengkapkan dalam produk Apple. Oleh yang demikian, enjin carian baharu ini mungkin boleh diakses oleh semua orang, termasuk mereka yang tidak memiliki peranti Apple.

    Buat masa sekarang, Google telah membayar Apple sebanyak USD15 bilion pada 2021 untuk menjadikan Google sebagai enjin carian asal (default search engine) dalam sistem operasi iOS. Jika Apple melancarkan enjin cariannya sendiri untuk menggantikan Google, mereka mungkin akan kehilangan sumber keuntungan yang besar daripada Google.

    Selain itu, Apple mungkin akan memperkenalkan kategori pembangunan produk baharu iaitu set persekitaran maya 3D, avatar dan banyak lagi. Ini adalah bagi membantu pembangun perisian untuk menghasilkan dunia maya yang boleh diakses dalam sebuah fon kepala AR/VR. Scoble berpendapat fon kepala itu akan diumumkan pada Januari 2023.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured