More

    Apple mungkin akan lancarkan iPad dengan skrin boleh lipat pada 2024

    Apple mungkin melancarkan iPad dengan skrin boleh lipat pada 2024 kata penganalisis CCS Insight pada Selasa lalu dan menjangkakan gergasi teknologi itu akan mula bereksperimen dengan teknologi skrin boleh lipat tidak lama lagi. CCS Insight mengeluarkan laporan ramalan tahunannya dengan ramalan untuk produk dan arah aliran masa hadapan Apple.

    Sebelum melancarkan iPhone boleh lipat, Apple akan melancarkan iPad dengan skrin boleh lipat dahulu dalam masa dua tahun. Langkah ini berbeza daripada syarikat lain seperti Samsung yang melancarkan skrin boleh lipat pada telefon pintarnya.

    Ben Wood, pengarah penyelidikan di CCS Insight berkata dalam satu temu bual bahawa tidak masuk akal untuk Apple membuat iPhone boleh lipat. Mereka akan mengelak daripada trend ini dan mungkin mencuba iPad boleh lipat. Bagi Apple, iPhone boleh lipat amat berisiko. Ia adalah kerana iPhone boleh lipat mungkin sangat mahal untuk dipasarkan sekarang.

    Harga iPhone boleh lipat mungkin sekitar $2,500 (~RM11,800). Sebagai perbandingan, Apple iPhone 14 Pro Max paling mahal kini berharga RM8,299. Beliau juga berkata bahawa jika terdapat sebarang masalah teknikal dengan telefon boleh lipat Apple, akan ada serangan daripada pengkritik untuk masalah tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured