More

    Apple mungkin akan luaskan produk iPhone SE dengan varian Plus

    iPhone kelas pertengahan, iPhone SE, jelas telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penggemar iOS yang ingin menggunakan telefon Apple tanpa perlu berbelanja besar untuk memiliki iPhone yang lebih mahal. Namun, Apple mungkin tidak akan mengehadkan tawaran telefon pertengahan setakat iPhone SE sahaja.

    Menurut MauriQHD, Apple sedang merancang untuk meluaskan barisan produk iPhone SE 2020 dengan menawarkan varian baru bernama iPhone SE Plus. Jika berita tersebut adalah benar, ia akan diperkenalkan di samping siri iPhone 12 lewat tahun ini. Ia juga dilaporkan bakal dilengkapi cipset A13 Bionic, sebuah panel skrin penuh dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    Di samping itu, media tersebut turut mengatakan sebuah versi seterusnya untuk iPhone SE bakal diperkenalkan jika varian iPhone SE Plus ini mendapat sambutan menggalakkan. Mereka mengatakan “iPhone SE 3” itu turut akan dilengkapi cipset A13 dan tidak mempunyai sokongan 5G.

    Mungkin Apple sedang melihat barisan produk SE dengan lebih serius namun ini masihlah sebuah spekulasi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured