More

    Apple mungkin beralih pembuatan barisan MacBook ke Thailand dan bukan lagi China

    Apple telah mengalihkan pengeluaran produknya dari China baru-baru ini kerana gangguan bekalan dan peraturan COVID-19 di negara itu. Menurut laporan baharu, Thailand akan menjadi tapak pengeluaran utama untuk kategori produk bagi pembuatan barisan MacBook.

    Seperti yang didedahkan oleh Ming-Chi Kuo, strategi pengurusan rantaian bekalan global Apple berubah sebagai tindak balas kepada perkembangan penyah-globalisasian terutamanya untuk mengurangkan perniagaan pemasangan di China. Melalui Twitter, Kuo berkata bahawa tapak pengeluaran utama untuk MacBook bukan lagi China tetapi Thailand pada masa hadapan.

    Walau bagaimanapun, dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun, Apple mahu pasaran Amerika Syarikat (AS) dibekalkan oleh tapak pemasangan yang terletak di luar China untuk mengurangkan risiko politik seperti tarif AS-China.

    Sementara itu, dalam jangka panjang, syarikat itu mahu pasaran bukan China dibekalkan sepenuhnya oleh tapak pemasangan di luar Republik  mengekalkan pengeluaran di China hanya untuk produk tertentu. Dengan perbezaan ini, pembangun boleh menjalankan pengenalan produk baharu (NPI) di China dan juga bukan China.

    Namun, ini hanyalah spekulasi dan tiada kenyataan rasmi daripada pihak Apple sendiri. Kongsi pendapat andadi Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Summber: Apple Insider

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured