More

    Apple mungkin kembalikan pengimbas cap jari bawah paparan pada iPhone tahun 2025

    Pengguna iPhone pasti menunggu akan pengimbas cap jari Touch ID pada model iPhone 14 dan iPhone 14 Pro. Namun khabar angin kali ini menyatakan sebaliknya. Terdapat sumber juga menyokong penyataan bahawa iPhone 14 tidak akan mendapat sokongan Touch ID.

    Apple mungkin menggunakan pengimbas Touch ID di butang sisi pada iPad Air 4, iPad mini 6 dan iPad Air 5 dan bukanlah pada iPhone tahun ini. Sebaliknya, Apple akan meletakkan pengimbas Face ID dan Touch ID di bawah paparan.

    Syarikat Android menggunakan pengimbas cap jari selama beberapa tahun sebagai alternatif kepada Face ID. Sistem pengecaman muka 3D Apple adalah mahal untuk digunakan maka syarikat Android lebih memilih pengimbas cap jari bawah paparan.

    iPhone 14 Pro akan membawa reka bentuk takuk (notch) baharu pada tahun ini dengan bezel Face ID yang akan digantikan kepada dua keratan skrin yang akan menempatkan semua kamera dan pengimbas di hadapan. Satu lubang berbentuk pil dan satu lagi akan berbentuk bulat.

    Kemudiannya, Apple dikatakan akan membuang lubang berbentuk pil kerana komponen Face ID akan berfungsi di bawah skrin. Maklumat ini masih tidak disahkan dan tidak akan berlaku sehingga tahun depan. Menurut penganalisi terkanal Apple, Ming-Chi Kuo mengatakan iPhone 2023 dan 2024 mungkin tidak menggunakan teknologi Touch ID di bawah paparan. 

    Kuo turut mengatakan bahawa pengimbas Face ID dengan pelitup muka pada iPhone merupakan penyelesaian biometrik yang hebat. Ciri ini berfungsi pada iPhone yang lebih baharu selepas kemas kini iOS 14.5. Apple juga membenarkan pengguna membuka kunci iPhone Face ID pada Apple Watch apabila memakai pelitup muka.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: BGR

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured