More

    Apple mungkin kembangkan SOS Kecemasan melalui satelit di luar Amerika Utara pada Disember 2022

    Salah satu ciri baharu yang menonjol yang terdapat pada siri Apple iPhone 14 adalah SOS Kecemasan melalui satelit yang membolehkan pengguna menghantar mesej kecemasan apabila terdapat di luar kawasan selular. Namun, ciri itu hanya terdapat pada model iPhone Amerika Syarikat dan Kanada pada November ini diikuti ke negara-negara lain menjelang akhir 2022.

    Semalam, MacPrime mendakwa bahawa Apple berkongsi rancangannya untuk memasukkan negara lain untuk ciri sambungan satelit pada tahun ini dan kawasan tambahan lain pada 2023. Walau bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan nama negara yang akan menjadi sebahagian daripada pengembangan liputan ciri itu.

    Ciri itu adalah percuma selama dua tahun bagi model siri iPhone 14 di Amerika Utara. Apple tidak mendedahkan sama ada ia akan menjadi perkhidmatan berbayar selepas tempoh itu tamat. Ramai orang memberi spekulasi ini kerana syarikat itu belum memutuskan sama ada untuk mengenakan bayaran pada perkhidmatan tersebut.

    Laporan di atas hanya sekadar spekulasi tanpa sebarang pengesahan daripada pihak Apple. Kongsi pendapat andadi Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured