More

    Apple mungkin lancarkan 7 komputer Mac baharu pada 2022, bermula bulan Mac

    Sejak pengenalan siri cipset M1 pada 2020, Apple dilihat bakal melancarkan lebih banyak komputer Mac yang akan dilengkapi cipset tersebut pada tahun ini. Menurut wartawan Bloomberg, Mark Gruman, Apple akan melancarkan tujuh buah komputer Mac yang dilengkapi cipset buatan mereka sendiri pada tahun 2022.

    Tujuh komputer Mac itu akan dilengkapi cipset M1 Pro, M1 Max serta M1 Max yang ditingkatkan prestasinya. Selain itu, sebuah cipset baharu juga dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini iaitu M2 yang menawarkan prestasi lebih pantas berbanding M1.

    Menurut Gruman, berikut adalah senarai komputer Apple baharu pada tahun ini:

    • Mac mini dengan cip M1 Pro
    • Mac mini dengan cip M2
    • MacBook Pro 13 inci dengan cip M2
    • MacBook Air dengan cip M2
    • iMac 24 inci dengan cip M2
    • iMac Pro dengan cip M1 Pro atau M1 Max
    • Mac Pro bersaiz kecil dengan Apple Silicon yang mempunyai dua atau empat cip M1 Max

    Komputer Apple pertama untuk tahun ini dijangka akan diumumkan pada bulan Mac iaitu waktu yang selalu dipilih untuk acara pelancaran Apple pertama pada setiap tahun. Acara itu mungkin akan berlangsung pada 8 Mac, manakala pelancaran seterusnya akan berlaku pada bulan Mei atau Jun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer Mac baharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Mac

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured