More

    Apple mungkin lancarkan iPhone 14 Mini, 3 lagi iPhone dan 3 iPad baru pada September 2022

    Menurut 91mobiles, Evan Blass telah berkongsi bahawa Apple akan melancarkan sejumlah 7 peranti baharu pada acara bulan September tahunan ini merangkumi iPhone dan iPad terkini.

    Peranti-peranti tersebut dilaporkan akan diumumkan pada 7 September di Apple Park, California dan bermula dari 16 September, 7 peranti ini dijangka mula dihantar kepada pelanggan dalam gelombang pertama negara dalam kitaran pelancaran tahunan Apple. Berikut merupakan peranti yang bakal dilancarkan:

    • iPhone 14 Mini
    • iPhone 14
    • iPhone 14 Pro
    • iPhone 14 Pro Max
    • iPad 10.2 (generasi ke-10)
    • iPad Pro 12.9 (generasi ke-6)
    • iPad Pro 11 (generasi ke-4)

    Namun, berita mengenai iPhone 14 Mini agak mengejutkan kerana laporan sebelum ini mengatakan model iPhone 14 Mini akan digugurkan setelah hasil jualan iPhone 13 Mini yang kurang memberangsangkan.

    Selain itu, iPhone 14 Pro dan Pro Max baharu pula akan menampilkan cipset A16 Bionic terbaru Apple manakala model iPhone 14 yang lain hanya akan menampilkan A15 Bionic yang terdapat pada siri iPhone 13.

    Kedua-dua model iPad Pro 12.9 inci dan 11 inci untuk 2022 mungkin menampilkan cipset M2, paparan mini-LED yang juga merupakan satu-satunya tablet dalam pasaran dengan paparan mini LED. iPad generasi ke-10 mendapat reka bentuk semula tanpa butang rumah (home) dan paparan dengan bezel yang sangat nipis 

    Kongsi di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured