More

    Apple mungkin lancarkan iPhone SE 3 mampu milik dan dua iPad baharu

    Apple dijangka bakal melancarkan iPhone SE 3 dan dua iPad baharu di India. Syarikat tersebut sedang berusaha keras untuk membangunkan iPhone SE yang lebih mampu milik. Model iPhone ini dikatakan membuat keluaran pada bulan Mac atau April tahun ini manakala laporan awal mendakwa bahawa iPhone SE 3 akan dilancarkan pada pertengahan April atau awal Mei.

    Apple masih ragu-ragu mengenai rancangan mereka untuk melancarkan iPhone SE 3 dan iPad baharu di India. iPhone yang bernombor modelkan A2784, A2783 dan A2595 telah diimport ke India dan akan melalui beberapa ujian seperti yang didakwa oleh 91Mobiles. Sumber turut meramalkan bahawa iPhone baharu akan dijual pada harga sekitar $300 (~RM1,255) dan  dijangka akan dilancarkan sebagai iPhone SE 3.

    iPhone SE 3 baharu dilaporkan akan memuatkan cip A15 dengan sokongan rangkaian 5G akan tetapi mengekalkan reka bentuk yang sama pada model 2020. Ia mempunyai paparan 4.7 inci, menampilkan butang Touch ID Home di bahagian bawah dan kamera tunggal 12MP di bahagian belakang. 

    iPad pertama bernombor modelkan A2589 dan A2588 juga telah tiba di India untuk beberapa ujian. Peranti ini boleh mungkin membawa nama iPad Air yang dijual pada harga sekitar $500 – $700 (~RM2,092 – RM2,929). Menurut pendedahan sebelum ini, iPad Air 2022 akan dikuasakan oleh cip Apple A15 Bionic yang mungkin menawarkan sokongan rangkaian 5G. Ia mungkin kelihatan serupa seperti model iPad Air 2020 dengan sedikit perubahan.

    Model iPad kedua mungkin membawa harga mampu milik sekitar $300 (~RM1,255). Varian ini membawa nombor model A2761 dan A2757 dengan peningkatan tambahan berbanding model generasi ke-9. Harga yang dinyatakan di atas mungkin dinaikkan atas sebab duti import dan cukai tempatan ke atas kesemua produk baharu Apple.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured