More

    Apple mungkin lancarkan model iPhone 14 eSIM sahaja di sesetengah pasaran

    Keluaran peranti dengan eSIM semakin banyak di seluruh dunia dan iPhone 14 mungkin tidak dikecualikan. Menurut laporan yang diterbitkan di The Wall Street Journal, siri iPhone 14 Apple yang akan datang mungkin hadir dalam versi eSIM sahaja untuk sesetengah pasaran. 

    Apple dijangka tidak membuat pertukaran penuh daripada SIM fizikal kepada peranti jenis eSIM pada semua perantinya tetapi syarikat itu ingin menguji sama ada pengguna akan terbuka kepada telefon eSIM sahaja.

    Nampaknya, syarikat itu telah telah memaklumkan beberapa syarikat pembekal utama di Amerika Syarikat (AS) untuk menyediakan model iPhone eSIM sahaja yang mungkin tiba pada musim luruh ini. Inisiatif eSIM ini mungkin kerana untuk menambahkan ruang fizikal di dalam telefon yang boleh digunakan untuk komponen lain. 

    Bukan itu sahaja, berjuta pengguna juga akan menerima kemas kini keselamatan secara serentak melalui peranti eSIM ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured