More

    Apple mungkin lancarkan tiga cip M3 baharu pada acara ‘Scary Fast’ esok

    Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple mungkin akan melancarkan tiga cip M3 baharu semasa acara Mac “Scary Fast” pada 31 Oktober 2023, jam 8 pagi waktu Malaysia. Cip-cip ini adalah M3, M3 Pro dan M3 Max.

    Selain itu, Gurman juga melaporkan bahawa Apple sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan iMac 24 inci baharu yang mungkin dilancarkan semasa acara itu bersama MacBook Pro yang dinaiktaraf dengan siri cip M3 yang baharu.

    Dalam newsletter Power On, Gurman Gurman mencadangkan bahawa cip M3 standard berkemungkinan akan menampilkan CPU lapan teras dan GPU 10 teras yang sama dengan M2, tetapi dengan peningkatan ketara dalam kelajuan prestasi dan memori. Beliau juga menyebut bahawa Apple sedang dalam proses menguji pelbagai konfigurasi untuk kedua-dua cip M3 Pro dan M3 Max.

    Dikatakan juga M3 Pro dilengkapi dengan CPU 12 teras dan GPU 18 teras serta mungkin terdapat pilihan untuk varian yang lebih mahal dengan CPU 14 teras dan GPU 20 teras. Sementara itu, M3 Max berpotensi menawarkan CPU 16 teras dan GPU sama ada 32 atau 40 teras.

    Nantikan siaran langsung acara Apple di apple.com.my atau aplikasi Apple TV+ serta saluran rasmi Apple di YouTube.com. Anda boleh klik ‘notify me‘ untuk pemberitahuan acara itu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured