More

    Apple mungkin sedang hasilkan pengecasan wayarles berbalik melalui skrin

    Apple mungkin sedang dalam penghasilan untuk membawa teknologi pengecasan berbalik pada skrinnya seperti yang dibuktikan oleh permohonan paten yang difailkan oleh pengilang tersebut pada Mac 2021. Kini disahkan bahawa paten yang dipanggil “Trought Display Wireless Charging” ini memperincikan sistem yang membenarkan peranti seperti iPhone atau iPad untuk mengecas peranti lain melalui skrinnya.

    Dalam erti kata lain, teknologi ini bertujuan untuk meluaskan kawasan pengecasan berbalik bertujuan untuk menjadikan skrin sebagai titik pengecasan dan bukan seperti sebelum ini yang mana ia terletak pada bahagian belakang peranti. Peranti tablet atau telefon pintar boleh mengecas aksesori secara wayarles seperti pensil stilus melalui paparan peranti.

    Yang menjadi persoalan adalah rajah tersebut menunjukkan bahawa bahagian skrin yang dikhaskan untuk mengecas akan menjadi telus dan tidak akan menawarkan paparan. Dalam erti kata lain, ia akan mengurangkan ruang paparan. Melainkan, Apple memutuskan untuk memilih kawasan paparan hibrid seperti yang ditunjukkan oleh rajah yang mana gegelung cas semula akan terletak betul-betul di bawah skrin.

    Teknologi ini boleh menjadi praktikal terutamanya untuk mengecas Apple Watch, AirPods atau Pensil Apple dengan hanya meletakkannya pada skrin iPhone atau iPad. Apakah pendapat anda tentang kaedah pengecasan terbalik daripada Apple ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured