More

    Apple mungkin tangguhkan kemas kini iPadOS 16 ke Oktober 2022

    Kemas kini iPadOS 16 yang diumumkan oleh Apple semasa WWDC (The Worldwide Developers Conference) 2022 dijangka akan ditangguhkan kira-kira sebulan dan tidak akan dikeluarkan bersama iOS 16. 

    Menurut Mark Gurman di Bloomberg, ini merupakan kali pertama dalam beberapa tahun Apple tidak akan mengeluarkan kemas kini iPadOS pada bulan September atau pada masa yang sama dengan kemas kini iOS. Namun, ini mungkin untuk membaik pulih keupayaan sistem operasi tersebut.

    Ini termasuk ciri ‘Pengurus Peringkat’ (Stage Manager) untuk pengguna mengendalikan beberapa tugas pada masa yang sama, mengubah saiz tab, berbilang tugas pada aplikasi yang berbeza serta juga menjalankan berbilang tugas pada skrin iPad dan monitor luaran.

    Namun begitu, pelaksanaan awal untuk fungsi ini telah dikritik oleh penguji beta kerana buggy, mengelirukan dan tidak mempunyai keserasian dengan kebanyakan iPad. Oleh itu, pengguna iPad mungkin akan mendapatkan iPadOS pada bulan Oktober 2022.

    Selain itu, Gurman turut berkata bahawa iOS 16 akan dilancarkan pada bulan September ini dan mungkin bersama dengan siri iPhone 14 baharu. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...