More

    Apple Music integrasi dengan TikTok, dengar lagu penuh tanpa keluar aplikasi

    Apple Music dan TikTok mengumumkan pengalaman baharu dinamakan Play Full Song yang membolehkan pengguna mendengar lagu penuh yang ditemui di TikTok tanpa perlu meninggalkan aplikasi tersebut. Ia diperkenalkan secara eksklusif untuk pelanggan Apple Music dan bertujuan memudahkan proses daripada penemuan lagu kepada pengalaman mendengar penuh secara terus dalam satu platform.

    Melalui ciri Play Full Song, pengguna yang menemui lagu di halaman For You atau Sound Detail di TikTok hanya perlu menekan butang khas untuk membuka pemain Apple Music terus dalam aplikasi. Dari situ, pengguna boleh mendengar lagu penuh dan meneruskan sesi dengan cadangan lagu lain yang disesuaikan mengikut minat mereka.

    Selain itu, pengguna juga boleh menyimpan lagu kegemaran ke dalam koleksi Your Music serta menambahkannya terus ke senarai Apple Music. Ciri ini dibina menggunakan teknologi MusicKit milik Apple dan semua penstriman lagu akan direkodkan melalui Apple Music supaya artis serta pemegang hak cipta terus menerima bayaran daripada penstriman tersebut.

    Kerjasama turut memperkenalkan satu lagi ciri baharu iaitu Listening Party yang membolehkan artis dan peminat mendengar lagu secara serentak dalam satu sesi masa nyata. Dalam sesi ini, peminat boleh berinteraksi antara satu sama lain serta berkomunikasi secara langsung dengan artis yang mewujudkan pengalaman mendengar muzik yang lebih sosial.

    Kedua-dua ciri Play Full Song dan Listening Party akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang dengan sasaran menghubungkan pengalaman penemuan muzik di TikTok kepada sesi pendengaran penuh di Apple Music dengan lebih lancar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured