More

    Apple Music Radio umum stesyen Apple Music Hits, dengar lagu kegemaran tahun 80-an hingga 2000-an

    Pengguna peranti Apple pasti sudah sedia maklum dengan siaran radio yang dibekalkan khas untuk anda, Apple Music Radio. Terkini, Apple Music Radio telah mengumumkan dua lagi stesyen siaran terbarunya, Apple Music Hits dan Apple Music Country.

    Melalui Apple Music Hits, anda kini boleh mendengar kompilasi lagu kegemaran anda dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000-an. Apple Music Hits bakal diacarai oleh hos Jayde Donovan, Estelle, Lowkey, Jenn Marino, Sabi, Nicole Sky, Natalie Sky dan lain-lain.

    Melalui Apple Music Country pula, anda akan diperdengarkan muzik country. Kewujudan siaran baharu ini bersesuaian dengan Apple yang ingin menjadi pusat pelbagai genre muzik. Siaran ini diacarai oleh hos Kelleigh Bannen, Ty Bentli, Bree, Alecia Davis, Ward Guenther, Nada dan lain-lain.

    Pengguna peranti Apple boleh menikmati Apple Music Radio melalui Apple Music. Siri kini juga boleh memahami arahan anda untuk membuka kesemua siaran ini dengan arahan “Apple Music Hits”, “Apple Music 1” atau “Apple Music Country”.

    Untuk pengetahuan anda, Apple telah menamakan semula Beats 1 sebagai Apple Music 1.

    Adakah anda gembira dengan stesyen baru ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured