More

    Apple Music untuk PS5 dilancar di Malaysia: Main “game” sambil dengar lebih 90 juta lagu

    Bagi anda yang gemar mendengar muzik ketika bermain game, kami berbesar hati mengumumkan bahawa Apple Music telah dilancarkan pada platform PlayStation 5 (PS5). PS5 merupakan konsol gaming pertama yang memperkenalkan pengalaman mendengar muzik melalui Apple Music.

    Mulai hari ini, pengguna PS5 dengan langganan Apple Music boleh menikmati lebih daripada 90 juta lagu, puluhan ribu senarai main dan video muzik dalam resolusi 4K. Selain itu, penstriman Apple Music Radio membolehkan pengguna memilih muzik secara langsung mengikut negara dan genre yang mereka minat.

    PS5 menawarkan pengalaman muzik yang lancar bersama Apple Music yang mana pengguna boleh memainkan muzik pada latar dan main balik video muzik. Pengguna boleh mendengar sebelum, semasa atau selepas sesi gaming mereka.

    Pengguna PS5 boleh memulakan aplikasi Apple Music sebelum masuk ke dalam permainan atau semasa permainan dengan menekan butang PS pada pengawal wayarles DualSense untuk mengakses Pusat Kawalan (Control Center) dan memilih Fungsi Muzik (Music Function).

    Seterusnya, pelanggan Apple Music boleh mencari cadangan yang sepadan dengan permainan yang sedang mereka mainkan atau memilih daripada senarai main mereka sendiri dalam pustaka atau senarai main pilihan Apple Music yang lain untuk sesi gaming.

    Selain itu, pelanggan Apple Music juga boleh mencari dan menonton video muzik daripada pelbagai pilihan artis. Anda boleh memainkan video dalam skrin penuh dan boleh juga meletakkan video tersebut pada latar (anda hanya akan dengar muzik sahaja).

    Tambahan, jika anda mahu kembali ke dalam permainan atau membuka aplikasi lain, audio daripada video muzik akan terus dimainkan. Pemilik PS5 boleh memuat turun aplikasi Apple Music daripada ruang media pada PS5 dan ikut arahan pada skrin untuk memautkan akaun Apple Music. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PlayStation.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured