More

    Apple naikkan harga langganan TV+, Muzik dan One bermula RM2/bulan

    Hari ini, Apple menaikkan harga langganan perkhidmatannya termasuk Apple TV+, Apple Music dan Apple One bundle bermula pada hari ini. Kenaikan harga tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan oleh jurucakap Apple.

    Di Malaysia, langganan Apple Music kini berharga RM16.90/ bulan untuk individu iaitu peningkatan RM2 daripada harga sebelumnya RM14.90/bulan. Bagi pilihan langganan pelajar pula, ia kini berharga RM8.90 dan pelan langganan Apple Music Family kini RM25.90/ bulan.

    Sementara itu, Apple One berharga RM29.90/ bulan untuk pelan individu iaitu peningkatan RM10 daripada harga sebelumnya, RM19.90/ bulan. Pelan keluarga kini RM39.90/bulan (kenaikan RM6) dan langganan Premier kini berharga RM78.90/bulan (kenaikan RM9). Akhir sekali, Apple TV+ kini berharga RM29.90/ bulan. 

    Menurut TechCrunch, Apple mengatakan perubahan ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam kos pelesenan serta artis dan penulis lagu akan memperoleh lebih banyak untuk penstriman muzik mereka. Syarikat itu akan terus menambah ciri inovatif yang menjadikan Apple Music pengalaman mendengar terbaik di dunia. 

    Apple turut menyatakan pelancaran Apple TV+ bermula pada harga yang sangat rendah kerana ia bermula dengan hanya beberapa rancangan dan filem. Tiga tahun kemudian, Apple TV+ menjadi platform kepada pelbagai pilihan siri, filem cereka, dokumentari dan hiburan kanak-kanak serta keluarga yang memenangi anugerah dan diiktiraf secara meluas daripada pencerita paling kreatif di dunia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured