More

    Apple Pencil dengan USB-C dilancar: Kependaman rendah berharga ~RM332

    Apple telah melancarkan Apple Pencil yang menampilkan sambungan USB-C membawa harga bermula pada $79 (~RM332).

    USB-C Apple Pencil mengecas melalui USB-C tetapi tidak menawarkan pengecasan wayarles atau keupayaan berpasangan (pairing). Walau bagaimanapun, ia menyokong ciri hover pada model iPad Pro dengan cip M2 dan boleh melekat secara magnet pada sisi peranti apabila tidak digunakan.

    Ia tidak mempunyai kepekaan tekanan seperti pada Apple Pencil generasi pertama dan kedua, tetapi ia masih mengekalkan kependaman rendah untuk input responsif dan kepekaan kecondongan apabila digunakan.

    Berukuran 7.5 x 155mm dan seberat 20.5 gram, USB-C Apple Pencil kali ini hampir menyerupai Apple Pencil 2. Ia akan disediakan pada awal November dan serasi dengan pelbagai model iPad termasuk iPad (2022), iPad Air (2022), iPad Air (2020), iPad mini (2021) dan pelbagai model iPad Pro bermula dari tahun 2018.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Bulgaria

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured