More

    Apple perkenal AirPods 4 Edisi Khas Tahun Baru Cina dengan ukiran Ular berharga RM839

    Apple sekali lagi memperkenalkan edisi khas AirPods sempena Tahun Baru Cina. AirPods 4 (ANC) Edisi Khas ini tersedia di laman web Apple Malaysia dan kedai Apple bermula hari ini dengan harga RM829. Edisi khas ini menampilkan ukiran eksklusif bertemakan Ular Tahun Baru Cina pada bekas pengecasannya. Namun, ciri-ciri lain kekal sama seperti model asal.

    AirPods 4 yang dilancarkan tahun lalu menawarkan reka bentuk ergonomik yang lebih selesa dengan ciri Active Noise Cancellation (ANC) dalam reka bentuk terbuka. Pengguna juga boleh beralih ke mod Transparency untuk kekal peka terhadap persekitaran atau menggunakan Adaptive Audio yang bertukar secara automatik antara kedua-dua mod tersebut.

    Selain itu, pengguna boleh mencipta profil peribadi untuk Spatial Audio bagi pengalaman pendengaran yang lebih disesuaikan. Dengan cip Apple H2, AirPods ini membolehkan respons kepada Siri hanya melalui gerakan kepala seperti anggukan untuk “ya” atau gelengan untuk “tidak”.

    Untuk panggilan, ciri Voice Isolation memastikan suara lebih jelas dengan menghapuskan bunyi latar manakala Conversation Awareness membantu pengguna berinteraksi dengan orang sekeliling tanpa gangguan. AirPods 4 mampu bertahan sehingga 4 jam dalam mod ANC dan sehingga 20 jam dengan bekas pengecasan.

    Ia juga menyokong pengecas Qi, pengecas Apple Watch dan dilengkapi pembesar suara pada bekas pengecasan untuk fungsi Find My. Edisi khas ini memberikan sentuhan eksklusif untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan gaya dan teknologi terkini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...