More

    Apple perkenalkan fungsi baru dalam iWork, termasuk Keynote, Pages dan Numbers

    Pada hari ini, Apple telah melancarkan fungsi produktiviti baharu dalam produk iWork seperti KeyNote, Pages dan Numbers. Kemas kini ini akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna iOS 15, iPadOS 15 dan macOS Monterey.

    Pembentangan Keynote kini membenarkan pengguna untuk membuat panggilan video sambil memainkan sebuah video (live video) di sebelah muka mereka. Fungsi ini akan memudahkan tugas pengajaran serta mesyuarat dalam talian manakala saiz video tersebut boleh diubah dan dihiaskan dengan bingkai (frame) atau bayang-bayang (drop shadows).

    Pengguna komputer Mac juga boleh menghubungkan beberapa kamera serta skrin tambahan daripada iPhone atau iPad untuk dimasukkan dalam pembentangan mereka. Peserta juga boleh mengatifkan fungsi multi-presenter, di mana peserta terpilih boleh mengawal slaid pembentangan walaupun jika mereka tidak mempunyai slaid tersebut dalam peranti.

    Untuk Pages pula, ia kini mempunyai fungsi Screen View di mana segala teks dalam satu dokumen akan disusun semula dalam bentuk kolum yang mudah dibaca dalam skrin iPhone. Saiz teks juga akan dibesarkan manakala gambar pula akan disaiz semula untuk disesuaikan dengan bentuk skrin iPhone.

    Dalam aplikasi spreadsheet Numbers pula, Apple memperkenalkan fungsi pivot tables yang membolehkan pengguna untuk mengumpul data bagi menganalisis trend penting. Pivot table itu juga boleh disusun semula dalam bentuk carta dan dikongsi dengan orang lain sambil mengekalkan privasi data sumber (source data).

    Numbers kini boleh mengimport atau mengeksport pivot tables ke perisian Microsoft Excel. Selain komputer Mac, fungsi ini masih boleh diakses dalam iPhone dan iPad. Selain itu, data boleh disusun dalam carta Radar untuk perbandingan pemboleh ubah (variables) yang lebih jelas, dan sebarang perbezaan (outlier) boleh dilihat dengan mudah.

    Pivot tables baharu dalam Numbers
    Contoh carta Radar

    Layari laman web Apple untuk maklumat penuh tentang fungsi baharu dalam iWork ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured