More

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan peranti dengan lebih selesa. Ciri yang paling menarik perhatian kami adalah kawalan peranti menggunakan pergerakan mata.

    Dengan bantuan ciri Penjejakan Mata, iPhone dan iPad boleh dikawal dengan pergerakan mata yang dikesan oleh kamera hadapan peranti. Menurut Apple, kecerdasan buatan digunakan untuk mengikuti mata pengguna dengan proses pelarasan yang boleh dilakukan dalam hanya beberapa saat. Sistem kawalan mata ini sudah disokong pada Vision Pro dan kini boleh digunakan pada telefon iOS dan iPadOS tetapi tidak pada komputer macOS.

    Seterusnya adalah Music Haptics yang membolehkan orang kurang pendengaran untuk menikmati muzik. Ada yang mungkin menganggap ciri ini agak pelik tetapi orang dengan masalah pendengaran juga ingin menikmati muzik dengan cara tersendiri. Taptic Engine pada iPhone akan bergetar mengikut rentak muzik yang dimainkan melalui Apple Music. Pada masa ini ciri ini hanya akan disediakan pada iPhone.

    Untuk makluman anda, ciri Pintasan Suara boleh mengajar peranti untuk memahami pertuturan pengguna yang telah terjejas akibat strok, penyakit ALS dan sebagainya. Peranti diajar untuk mendengar bagaimana ayat-ayat tertentu diucapkan oleh pemilik untuk melancarkan aplikasi dengan cepat. Ciri ini serupa dengan Project Relate (asalnya Project Euphonia) yang diperkenalkan oleh Google pada 2019.

    Selain itu, Suara Peribadi kini menyokong Bahasa Mandarin buat kali pertama sedangkan sebelum ini, ia hanya menyokong Bahasa Inggeris. Dengan ciri ini, mereka yang kehilangan keupayaan untuk bercakap boleh merakam suara mereka. Fungsi suara ini kemudiannya boleh digunakan sebagai ganti suara di masa hadapan. Diharapkan ciri-ciri ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured