More

    Apple pertimbang guna teknologi OpenAI atau Anthropic untuk selamatkan Siri

    Apple dilaporkan sedang menilai kerjasama dengan syarikat AI luar seperti OpenAI dan Anthropic dalam usaha menaik taraf Siri iaitu pembantu digital mereka yang dilihat semakin ketinggalan. Apple kini sedang mempertimbangkan untuk melatih model AI generatif tersuai yang akan dijalankan terus di atas infrastruktur awan milik Apple sendiri bagi mengekalkan kawalan terhadap privasi data pengguna.

    Langkah ini menandakan perubahan besar dalam pendekatan syarikat yang selama ini bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangunan dalaman. Difahamkan bahawa model AI dalaman Apple yang dikenali sebagai “Siri LLM” masih belum mampu bersaing daripada segi prestasi dengan model pihak ketiga terutamanya Claude dari Anthropic yang dikatakan memberikan respons lebih baik dan memahami konteks perbualan dengan lebih tepat.

    Sumber turut menyatakan bahawa perkembangan ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pasukan AI Apple sendiri dengan beberapa jurutera dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan syarikat akibat perubahan arah ini. Apple bagaimanapun masih belum membuat keputusan muktamad dan terus membangunkan model AI milik mereka sendiri sebagai pelan jangka panjang.

    Sekiranya kerjasama ini diteruskan, pengguna boleh menjangkakan versi baharu Siri yang lebih pintar akan diperkenalkan seawal tahun 2026. Siri dijangka akan berfungsi dengan lebih semula jadi, memahami pertanyaan kompleks dan memberi maklum balas yang lebih kontekstual sejajar dengan standard pembantu maya moden yang dipacu oleh AI generatif.

    Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, pendekatan ini dilihat sebagai usaha penting Apple untuk mengejar pesaing yang lebih ke hadapan dalam perlumbaan AI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SE Asia

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured