More

    Apple promosikan iPhone 14 dengan eSIM semasa melancong ke luar negara

    Apple mengatakan eSIM lebih selamat berbanding SIM fizikal kerana ia tidak boleh dialih keluar daripada iPhone yang hilang atau dicuri. Dokumen sokongan menyatakan bahawa iPhone XS dan yang lebih baharu boleh menyimpan lapan atau lebih eSIM manakala iPhone 13 dan yang lebih baharu boleh mempunyai dua eSIM yang aktif pada masa yang sama.

    Sebagai contoh, satu eSIM di kawasan anda sendiri dan satu lagi eSIM untuk ke luar negara. Dokumen sokongan memberi penyelesaian dengan cara bagi pelanggan yang ingin ke luar negara (roam) boleh membeli eSIM daripada pembawa (carrier) tempatan atau membeli eSIM data prabayar daripada pembekal perkhidmatan di seluruh dunia.

    Lebih 400 pembawa (carrier) yang menyokong eSIM pada iPhone dalam 100 pasaran di seluruh dunia dan pembekal perkhidmatan turut menawarkan pelan data eSIM prabayar untuk kegunaan jangka panjang di negara-negara di seluruh dunia. Oleh itu, pengguna mungkin tidak mempunyai sebarang masalah dalam menggunakan eSIM walaupun sedang melancong.

    Jurugambar Austin Mann berkata dia agak bimbang dengan penggunaan eSIM sahaja bagi pengembara dengan model iPhone Amerika Syarikat. Ini kerana kebiasannya dia akan membeli kad SIM tempatan supaya lebih mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang dalam negara. 

    Mann menambah dia agak teruja untuk membuang koleksi kad SIM fizikalnya tetapi agak sukar untuk memikirkan cara bagi talian eSIM di Afrika Timur di mana dia merancang untuk pergi pada musim panas akan datang.

    Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured