More

    Apple sahkan acara WWDC 2025 bakal berlangsung pada 10 Jun ini

    Apple telah mengumumkan bahawa Persidangan Pembangun Sedunia atau WWDC 2025, akan berlangsung secara dalam talian dari 9 hingga 13 Jun 2025 (10 Jun waktu Malaysia). Acara ini bakal memberikan peluang kepada pembangun dari seluruh dunia untuk meneroka teknologi dan inovasi terbaru dalam ekosistem Apple.

    Pada hari pertama, Apple turut menganjurkan acara khas di Apple Park di mana pembangun dan pelajar berpeluang menghadiri sesi secara langsung, menonton pembentangan utama serta berinteraksi dengan pakar Apple. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, semua sesi akan disiarkan secara dalam talian melalui aplikasi dan laman web Apple Developer.

    WWDC25 akan menampilkan pelbagai sesi teknikal, makmal interaktif dan pembentangan mengenai ciri serta alat pembangunan terbaru. Ini termasuk kemas kini untuk iOS, macOS, watchOS dan sistem lain yang menjadi tunjang produk Apple. Selain itu, Apple turut meraikan bakat muda menerusi cabaran Swift Student Challenge.

    Pemenang berpeluang menghadiri acara eksklusif di Apple Park dan menikmati pengalaman unik selama tiga hari di Cupertino, California. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati menerusi laman rasmi WWDC25 dan aplikasi Apple Developer.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured