More

    Apple sahkan pepijat pengaktifan peranti iOS 16 jejaskan siri iPhone 14

    Model Apple iPhone 14 sudah boleh untuk di pra-tempah di Malaysia mulai hari ini. Namun, pemilik iPhone baharu mungkin menghadapi masalah untuk mengaktifkan peranti mereka melalui WiFi. Ini disebabkan oleh pepijat iOS 16 yang memberi kesan kepada pengaktifan peranti baharu yang masih dalam siasatan oleh Apple.

    Pepijat itu dilihat pada peranti iOS 16 dengan pengaktifan rangkaian WiFi yang akan menjejaskan barisan iPhone 14. Apple selanjutnya menghuraikan dalam memo bahawa tiada pembaikian rasmi semasa dan kakitangan sokongan tidak membuat kes pembaikan untuk isu itu.

    Buat masa ini, pelanggan boleh memilih “Sambung ke Mac atau ke PC dengan iTunes” dalam proses iOS onboardingapabila digesa untuk menyambung ke rangkaian WiFi. Selepas itu, pengguna boleh kembali ke skrin sebelumnya dan cuba sekali lagi untuk mengaktifkan peranti mereka melalui WiFi sehingga berjaya.

    Sudah tentu, ini agak menyusahkan kerana ramai pengguna biasa tidak memiliki Mac atau PC pada masa kini. Selain itu, ini bukan sesuatu yang diharapkan daripada peranti dalam julat harga siri iPhone 14.

    Isu ini telah dibaiki dengan kemas kini iOS 16.0.1, namun agak menghariankan kerana pengguna tidak dapat mengaktifkan iPhone baharu mereka. Satu-satunya untuk berbuat demikian adalah seperti yang dinyatakan di atas. 

    Dalam dokumen sokongan, Apple memberitahu pelanggan ‌iPhone 14‌ dan ‌iPhone 14 Pro‌ baharu bahawa “iMessage dan FaceTime mungkin tidak lengkap pengaktifan” sehingga mereka mengemas kini iPhone baharu mereka kepada iOS 16.0.1.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured