More

    Apple sedang bangunkan cip H3 untuk AirPods generasi akan datang

    Pelancaran AirPods Pro 3 pada baru-baru ini mengejutkan ramai kerana ia masih menggunakan cip H2 lama dari 2022 dengan kebanyakan peningkatan datang daripada perkakasan seperti bateri lebih besar dan penutup telinga yang lebih selesa. Namun, menurut Mark Gurman daripada Bloomberg, Apple sudahpun membangunkan cip H3 yang direka untuk mengurangkan kelewatan dan meningkatkan kualiti audio.

    Cip baharu ini mungkin digunakan dalam versi AirPods Pro 3 masa depan yang dilengkapi kamera IR yang dijangka akan dilancarkan pada tahun depan. Selain cip H3, Apple juga sedang menyediakan kemas kini untuk siri AirPods tahap permulaan. Model AirPods 4 standard dan versi dengan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) dilaporkan akan dikemas kini, walaupun tanpa pemantau kadar jantung seperti yang ada pada AirPods Pro 3.

    Apple mungkin juga akan memperkenalkan lebih banyak ciri kesihatan dari masa ke masa termasuk pembaca suhu. Tiada garis masa jelas untuk pelancaran AirPods 5 yang dijangka hanya menerima kemas kini sederhana atau mungkin menggunakan cip H3 baharu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured