More

    Apple sedang hasilkan ciri kamera pada butang kawalan Apple Watch

    Apple telah meneliti cara memasang kamera pada Apple Watch dan paten yang baru diterbitkan menunjukkan bahawa Apple telah mempertimbangkan untuk memasang kamera pada butang kawalan pada jam tangan pintarnya.

    Paten tersebut menunjukkan jam tangan pintar ini mengandungi butang kawalan boleh putar dan terdapat input digital. Input digital tersebut memberi gambaran bahawa kamera diletakkan pada butang kawalan tersebut.

    Kanta aperture mungkin diletakkan di dalam atau di belakang untuk memfokuskan imej. Sensor imej yang terdapat di belakang apertur boleh dikonfigurasikan untuk mengesan pergerakan pada dail supaya sensor imej boleh digunakan sebagai kamera untuk mengambil gambar.

    Seperti yang anda lihat pada gambar paten tersebut, apabila memakai jam tangan, anda hanya boleh mengambil gambar apabila butang kawalan tersebut menghadap ke arah tangan dan mungkin ianya akan dipaparkan pada skrin jam.

    Sumber mengetahui bahawa salah satu daripada dua pencipta paten itu ialah Tyler S. Bushnell yang sebelum ini telah memohon paten untuk menambah baik butang kawalan pada Apple Watch. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured