More

    Apple sedia perkenal iPhone boleh lipat tahun depan, iPhone 17 dilengkapi cip A19 dan skrin 120Hz

    Apple dilaporkan bakal menggunakan skrin lipat tanpa kesan lipatan yang dibangunkan sepenuhnya oleh Samsung Display untuk iPhone lipat pertamanya. Keputusan ini agak jarang berlaku kerana Apple biasanya mereka bentuk setiap komponen secara tersendiri, namun kali ini mereka memilih penyelesaian Samsung bagi memastikan pengeluaran besar-besaran berjalan lancar.

    iPhone lipat tersebut dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun hadapan. Menurut Ming-Chi Kuo, keputusan Apple menggunakan teknologi ini turut memberi manfaat besar kepada pembekal komponen seperti Fine M-Tec yang dijangka menguasai lebih 80 peratus bekalan engsel dalaman.

    Engsel memainkan peranan penting dalam memastikan skrin lipat kekal tanpa kesan lipatan kerana ia membantu mengawal tekanan lenturan agar tidak melebihi had keanjalan paparan. Teknologi ini juga menggunakan proses penggerudian laser untuk menghasilkan mikrostruktur yang dapat mengurangkan tekanan pada bahagian lipatan.

    Fine M-Tec dijangka mula menghantar plat logam skrin untuk iPhone lipat pada suku pertama tahun hadapan dengan harga sekitar USD30 hingga USD35 seunit, manakala penghantaran komponen ini dijangka mencecah 13 hingga 15 juta unit menjelang 2026. Dalam perkembangan lain, penganalisis Jeff Pu menjangkakan iPhone 17 akan dilengkapi cip baharu Apple A19.

    Model asas iPhone 17 masih mengekalkan RAM LPDDR5 8GB manakala iPhone 17 Air akan hadir dengan RAM LPDDR5 12GB. Bagi model iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max, kedua-duanya akan menggunakan RAM lebih pantas iaitu LPDDR5X. Keseluruhan siri iPhone 17 juga dilaporkan akan menggunakan cip Wi-Fi 7 rekaan Apple sendiri.

    iPhone 17 versi asas dikatakan bakal hadir dengan paparan OLED bersaiz 6.3 inci serta menyokong kadar segar semula 120Hz, namun ia bukan panel LTPO seperti model Pro. Siri iPhone 17 dijangka dilancarkan pada September tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Mac|Ming-Chi Kuo

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured