More

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran sejumlah jawatan peruncitan menerusi laman kerjaya rasmi syarikat serta platform LinkedIn. Terdapat 22 jawatan peruncitan disenaraikan khusus bagi kawasan Putrajaya setakat ini.

    Antara jawatan yang ditawarkan merangkumi Specialist, Operations Specialist, Technical Specialist, Technical Expert, Genius, Pro, Creative dan Genius Admin. Walaupun maklumat pada senarai kerja tidak menyatakan secara terbuka mengenai pembukaan premis baharu di Putrajaya, penawaran skop tugas peruncitan secara menyeluruh itu memberi petunjuk kukuh.

    Apple bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perancangan tersebut. Berdasarkan model pengoperasian cawangan pertama di The Exchange TRX, kedai rasmi Apple mengendalikan jualan terus produk dan aksesori, perkhidmatan pengambilan pesanan, bantuan teknikal, zon cuba peranti, program tukar beli dan bengkel di ruang The Forum.

    Mengenai tarikh pelancaran, tiada sebarang tempoh masa disahkan buat masa ini. Apple sebelum ini mengambil masa sekitar satu setengah tahun bagi membuka cawangan The Exchange TRX pada 22 Jun 2024 selepas mula mengiklankan pengambilan pekerja pada Disember 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple|LinkedIn

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...