More

    Apple Store terapung pertama di dunia ada di Singapura, destinasi untuk peminat Apple!

    Sementara Malaysia masih lagi tiada Apple Store, Apple kini bakal membuka pusat rasmi yang ketiganya di Singapura. Lebih menarik, Apple Store yang akan dibuka dalam waktu terdekat ini merupakan Apple Store pertama di dunia yang terapung di atas air dan berbentuk sfera.

    Walaupun tarikh pembukaannya masih belum diketahui, namun gambar dan video yang tular mengenainya memperlihatkan reka bentuk bangunan yang sangat mengagumkan! Anda boleh lihat sendiri rekaan bangunan sfera yang kelihatan seperti bola yang terapung di atas permukaan laut. Apple Store di Singapura ini dinamakan sebagai Apple Marina Bay Sands.

    Pada waktu malam, bangunan berbentuk sfera ini akan mengeluarkan cahaya, diinspirasikan daripada tanglung. Terdapat juga tingkap berbentuk bulat pada bahagian atas bangunan yang membenarkan cahaya untuk masuk.

    Bangunan ini akan bersambung dengan jambatan pejalan kaki dan laluan bawah laut. Adakah Apple Marina Bay Sands akan memasuki senarai destinasi yang anda ingin kunjungi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai Apple disini.

    Sumber: foodie.sg

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured