More

    Apple tamatkan kerjasama dengan bekas ketua reka bentuk, Jony Ive

    Walaupun Jony Ive meninggalkan Apple pada 2019, dia terus bekerja untuk syarikat itu sebagai perunding melalui firma reka bentuk LoveFrom. Menurut The New York Times, kerjasama antara Apple dan Ive kini telah berakhir.

    Apple dan Ive telah bersetuju untuk berhenti bekerjasama setelah lebih 30 tahun dalam mereka bentuk beberapa produk terbesar Apple seperti iPhone, Apple Watch, Mac, kedai runcit Apple dan banyak lagi.

    Ive mengumumkan pemergiannya dari Apple pada Jun 2019 untuk membuka firma reka bentuknya sendiri di mana Apple turut menjadi salah satu pelanggan utamanya. Antara produk yang direka bentuk setelah pemergiannya dari syarikat Apple adalah iMac 24 inci dan beberapa produk lain serta memberikan panduan reka bentuk Apple Car.

    Apple menandatangani kontrak yang bernilai lebih daripada $100 juta di bawah terma bahawa Apple merupakan pelanggan utama LoveFrom. Tetapi perjanjian itu menyekat Ive daripada mengusahakan projek daripada pihak lawan syarikat Apple.

    Kedua-dua syarikat memutuskan untuk tidak melanjutkan perjanjian tersebut dan antara salah satu sebabnya adalah Ive ingin memilih pelanggannya sendiri tanpa sebarang sekatan projek. Khabar angin mengatakan bahawa Ive meninggalkan Apple selepas pelancaran Apple Watch kerana beliau tidak berpuas hati mengenai Apple semakin kurang fokus pada reka bentuk dan lebih fokus pada operasi.

    Ive merasakan bahawa Cook tidak berminat dalam proses pembangunan produk dan dia sepertinya kecewa kerana lembaga Apple dihuni oleh pengarah yang mempunyai latar belakang dalam kewangan dan operasi berbanding teknologi.

    Sejak pemergian Ive, Jeff Williams telah menyelia pasukan reka bentuk Apple, Evans Hankey mengetuai pasukan reka bentuk dan Alan Dye mengetuai pasukan reka bentuk perisian. Ketua pemasaran Apple Greg Joswiak juga dikatakan mempunyai peranan penting dalam pilihan reka bentuk produk.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured