Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa Apple sedang berbincang dengan Meta untuk menyepadukan model kecerdasan buatan (AI) seperti Llama ke dalam produk mereka. Tetapi hari ini Bloomberg melaporkan bahawa Apple telah menolak kerjasama dengan Meta kerana bimbang tentang isu privasi data pengguna.
Untuk pengetahuan, perbincangan awal telah diadakan pada bulan Mac tetapi ia tidak diteruskan. Ini sekaligus menafikan laporan Wall Street Journal yang mengatakan perbincangan itu masih diteruskan.
Pada masa ini Apple hanya menyepadukan teknologi OpenAI pada Apple Intelligence untuk memberikan jawapan di luar keupayaan AI mereka dan sedang berbincang dengan Google untuk mengintegrasikan Gemini.
Selain itu, pendekatan Apple untuk memperkenalkan AI pada produknya berbeza daripada syarikat lain kerana ia menawarkan pelayar perkhidmatan awannya untuk memastikan privasi pengguna terjamin. Walau bagaimanapun, ciri Apple Intelligence ini tidak akan tersedia kepada pengguna di negara Kesatuan Eropah (EU) kerana isu pematuhan Akta DMA.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Bloomberg






