More

    Apple turunkan harga iPhone 16 dan 16 Plus di Malaysia hingga RM500

    Dengan ketibaan siri iPhone 17 di Malaysia, Apple telah membuat pelarasan harga untuk model sebelumnya di laman rasmi Apple Malaysia. iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini menerima potongan harga sebanyak RM500 yang menjadikan peranti tersebut lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.

    Bagaimanapun, Apple telah menamatkan penjualan iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max di kedai dalam talian rasmi meninggalkan hanya varian lebih mampu milik dalam pasaran. Menariknya, Apple turut menyusun semula pilihan storan bagi model yang masih ditawarkan. iPhone 16 kini hanya tersedia dalam versi 128GB pada harga baharu RM3,499 (sebelum ini RM3,999).

    Manakala iPhone 16 Plus ditawarkan pada harga RM3,999 untuk 128GB (sebelum ini RM4,499) dan RM4,499 untuk 256GB (sebelum ini RM4,999). Pilihan storan lebih tinggi iaitu 256GB dan 512GB untuk iPhone 16 serta 512GB untuk iPhone 16 Plus telah dihentikan. Pelarasan ini menjadikan barisan iPhone lebih ringkas dengan fokus pada kapasiti storan paling popular.

    Bagi pengguna yang menunggu tawaran lebih berpatutan, inilah masa terbaik untuk mendapatkan iPhone 16 atau iPhone 16 Plus dengan harga lebih menarik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured