More

    Apple TV mungkin akan siarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris

    Selepas mendapatkan hak penyiaran untuk liga sukan Major League Baseball (MLB) dan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat pada tahun lepas, kini Apple dikhabarkan bakal menawarkan penyiaran untuk liga bola sepak ternama dari United Kingdom iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Apple dilaporkan sedang berbincang dengan pihak penganjur EPL bagi mendapatkan hak penyiaran untuk perkhidmatan Apple TV+. Buat masa ini, hak penyiaran EPL dipegang oleh Sky Sports dan BT Sports, di mana ia akan luput pada 2025. Proses tender untuk hak penyiaran seterusnya akan bermula pada tahun ini.

    Buat masa ini, Apple TV+ telah menawarkan beberapa rancangan bertemakan bola sepak, seperti drama Ted Lasso, dokumentari European Super League dan perlawanan MLS. Untuk mendapatkan hak penyiaran EPL, Apple mungkin perlu berbelanja sebanyak USD250 juta setahun.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Daily Mail

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured