More

    Apple umumkan watchOS 9 dengan muka jam dan ciri kesihatan baharu

    Apple hari ini menunjukkan pratonton kemas kini watchOS 9 yang akan datang di WWDC. Kemas kini baharu termasuk penambahbaikan pada muka jam, aplikasi Senaman, pengesan peringkat tidur, Sejarah AFib pertama untuk watchOS dan penjejakan pengambilan ubat. watchOS 9 hadir dengan empat muka jam baharu.

    Ini termasuk Lunar, Playtime, Metropolitan dan Astronomy. watchOS 9 juga termasuk kemas kini pada muka jam sedia ada iaitu Wajah Potret yang kini menyerlahkan kesan kedalaman pada foto dengan kucing, anjing dan landskap. Manakala beberapa muka jam tangan klasik seperti Modular, Modular Compact dan X-Large kini menampilkan warna latar belakang dan pewarnaan (gradient) yang boleh disesuaikan.

    Aplikasi Workout telah dikemas kini untuk memaparkan lebih banyak maklumat dan metrik. Penambahan senaman tersuai membolehkan anda membuat senaman berstruktur dengan kerja tersuai dan selang rehat. Selain itu, terdapat ciri rentak, kuasa, kadar denyutan jantung dan irama yang juga boleh ditambah.

    Untuk triatlet, aplikasi Workout kini menyokong jenis senaman Multisport baharu yang bertukar secara automatik antara sebarang urutan senaman berenang, berbasikal dan berlari menggunakan penderia gerakan untuk mengecam corak pergerakan. Untuk pelari, watchOS 9 kini menunjukkan metrik larian tambahan termasuk panjang langkah, masa sentuhan tanah dan ayunan menegak untuk membantu meningkatkan larian anda.

    Mereka yang berlari di laluan yang kerap digunakan kini boleh berlumba dengan keputusan terbaik atau terakhir mereka sebelum ini. Mod pacer baharu memberitahu anda kadar yang anda perlukan untuk matlamat jarak dan masa yang dipilih.

    Selain itu, Apple telah menambah baik penjejakan tidur dengan pengenalan peringkat tidur. Apple Watch kini boleh memberikan pecahan REM, Core dan Deep sleep dalam aplikasi. Seterusnya, watchOS 9 membawa sejarah AFib untuk mereka yang didiagnosis dengan fibrilasi atrium.

    Apple Watch kini boleh menjejaki kadar denyutan jantung anda untuk AFib dan menunjukkan kekerapan irama jantung menunjukkan tanda AFib. Pengguna akan mendapat pemberitahuan mingguan dan sejarah terperinci dalam aplikasi Kesihatan. PDF daripadanya boleh dimuat turun untuk dikongsi dengan doktor.

    Akhir sekali, watchOS 9 juga menambahkan ciri Medications yang membolehkan anda mengurus dan menjejaki ubat dan suplemen anda dengan jadual serta peringatan. Di AS, anda juga akan mendapat makluman jika terdapat potensi interaksi kritikal dengan ubat-ubatan yang telah mereka tambahkan dalam aplikasi Medications.

    "
    "

    Ciri baharu lain termasuk pengesanan papan kickboard dan skor SWOLF untuk perenang. Sokongan lain termasuk aplikasi Home dalam Family Setup, Tindakan Pantas baharu, Apple Watch Mirroring untuk mengawal jam tangan melalui ciri bantuan iPhone dan pemberitahuan yang direka bentuk semula.

    watchOS 9 akan tersedia pada model Apple Watch yang serasi pada akhir tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured