More

    Apple Watch akan datang bakal dilengkapi kamera untuk ciri “Visual Intelligence”

    Apple dilaporkan sedang membangunkan model Apple Watch baharu yang dilengkapi dengan kamera terbina dalam. Teknologi ini bertujuan memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu yang dikenali sebagai Visual Intelligence. Menurut laporan terkini, Apple sedang menguji dua kemungkinan reka bentuk untuk kamera ini.

    Model Apple Watch standard mungkin akan menempatkan kamera di dalam paparan manakala versi premium seperti Apple Watch Ultra dijangka meletakkannya di bahagian sisi berhampiran Digital Crown. Ciri Visual Intelligence ini membolehkan pengguna mengarahkan peranti ke objek atau teks untuk mendapatkan maklumat secara langsung melalui AI.

    Sebagai contoh, pengguna boleh menambah butiran daripada risalah acara ke dalam kalendar atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu tempat hanya dengan mengimbasnya menggunakan Apple Watch. Apple merancang untuk mengintegrasikan Visual Intelligence secara meluas dalam ekosistemnya menjelang 2027.

    Projek akan diketuai oleh pasukan yang sebelum ini bertanggungjawab dalam pembangunan Vision Pro dengan fokus meningkatkan keupayaan AI dalam peranti boleh pakai. Adakah anda merakan bahawa ini merupakan kelebihan atau kekurangan terhadap privasi manusia?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured